Peluang Perniagaan Produk Dari CHINA

Friday, 2 March 2012

Misteri katil


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital
ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang
ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari
Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan
mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor…
Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut…
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa doktor
bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian
di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di
katil misteri.
Masa berputar… pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00
am… tiba-tiba …… Pintu bilik ICU itu terbuka….
Kemudian masuklah Makcik Bedah …. Seorang pekerja sambilan
sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..
Masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus
mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan
pesakit tersebut dan menggantikannya dengan ‘plug vacum
cleaner’nya. ..

No comments:

Post a Comment