Peluang Perniagaan Produk Dari CHINA

Wednesday, 31 October 2012

‘Pak Lurah’ halang pernikahan gadis diculik


KAMPUNG GAJAH: Misteri kehilangan seorang remaja perempuan, Norshahirah Zaman Huri, 17, sejak 10 hari lalu terjawab apabila mangsa dikesan hampir berkahwin dengan seorang pemuda dari Pulau Batam, Indonesia, tetapi dihalang jurunikah di negara itu.
Difahamkan, jurunikah yang juga ketua masyarakat pulau berkenaan menghalang pernikahan itu selepas mendapati mangsa rakyat Malaysia dan di bawah umur untuk berkahwin.

Susulan itu, jurunikah terbabit menahan Norshahirah dan menyerahkan teman lelakinya dikenali sebagai Patah kepada pihak berkuasa republik itu kerana disyaki menculik mangsa.
Mangsa dijaga rapi jurunikah terbabit sebelum ibu bapa mangsa yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, dihubungi memaklumkan penemuan anak gadis mereka, Rabu lalu.

Susulan itu, Norshahirah dihantar pulang ke Jeti Larkin, Johor jam 8 pagi semalam sebelum disambut bapanya, Zaman Huri Tan, 51, ibu, Maria Mohd Noh, 49, dan Ketua Kampung Jawa, Zara’ai Nekmat, 64.

Mangsa yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibawa pulang ke rumahnya di sini, jam 6 petang semalam sebelum diambil keterangan oleh polis.
Sementara itu, Norshahirah yang ditemui masih trauma dan terpinga-pinga ketika disambut ahli keluarga yang merindui kepulangannya.

Remaja itu masih sugul dan keberatan menjawab soalan mengenai kisahnya apabila ditanya media selain hanya mengangguk lesu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, kejayaan membawa pulang remaja terbabit hasil kerjasama jurunikah dikenali sebagai ‘Pak Lurah’ yang enggan menikahkan pasangan itu.

Katanya, jurunikah berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa negara berkenaan dan menjaga remaja itu sehingga dihantar ke Malaysia.

“Kami menganggap kejayaan membawa pulang remaja ini sebagai satu keajaiban kerana dilakukan menerusi budi bicara. Sebelum ini, kami cuba menjejakinya termasuk menerusi bantuan Interpol, tetapi gagal mengesannya,” katanya di sini, semalam.

Remaja itu tidak pulang ke rumah selepas dibawa lelaki dikenali sebagai Patah sebaik keluar ke bandar Teluk Intan untuk bertemu seorang rakan pada 20 Oktober lalu.

Sementara itu, Zaman Huri berkata, anaknya membayangkan kemungkinan tidak mengambil peperiksaan SPM yang kurang seminggu.

“Alhamdulillah, dia berada dalam keadaan baik dan kesihatannya pun tiada masalah, hanya kelihatan letih mungkin kerana terpaksa mengharungi perjalanan panjang,” katanya.

Tuesday, 23 October 2012

5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating, betul ke?


1. Kawan baik kakak anda.
Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ‘diserang’.
2. Setiausaha anda.
Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.
3. Bekas teman wanita.
Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.
4. Teman wanita kawan anda.
Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.
5. Wanita yang terlalu demand.
Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ‘demand’ kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.
Fikir-fikirkan lah ! Anda bagaimana ?

Monday, 15 October 2012

Dirasuk jin, peserta cabar berlawan


AMPANG – Sesi kedua Seminar Pembinaan Ketahanan Dalaman anjuran Pengasas Rawatan Komplimentari Yashfien, Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) yang berlangsung di Kelab Darul Ehsan, semalam tergendala selama lebih kurang sejam apabila tiga peserta dipercayai dirasuk jin.

Kejadian itu berlaku apabila seorang remaja lelaki tiba-tiba bangun dan mencabar ahli panel untuk berlawan diikuti selang 10 minit kemudian seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dan seorang wanita warga emas bangun turut memperkatakan hal sama.
Perkara aneh itu disaksikan lebih 100 peserta yang sedang mengikuti tajuk kedua program ‘Apa Itu Sihir’ bersama Imam Masjid Putra Perdana Puchong, Dr Abdullah Qurtubi.

Pak Engku ketika ditemui tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana perkara itu sudah diduganya sejak awal lagi.
“Perkara ini dilakukan oleh jin, jin sememangnya mahu menggagalkan seminar ini, jadi dia akan gunakan apa cara sekalipun untuk membuat tumpuan peserta dan ahli panel terganggu,” katanya yang sudah mengendalikan tiga siri seminar sebelum ini.
Menurutnya, peristiwa yang berlaku semalam adalah kali pertama sepanjang penganjuran seminar itu.
“Saya memang sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan seperti ini, ini semua kuasa ALLAH SWT, kita hanya berikhtiar untuk menyembuhkan sahaja,” katanya.  
Beliau berkata, kesemua peserta dibacakan ayat suci al-Quran sebelum masing-masing beransur pulih.

Mengulas lanjut mengenai seminar diadakan, beliau berkata, ia lebih kepada aspek teknikal untuk menghalang sihir termasuk gangguan jin melalui kekuatan yang ada pada diri setiap orang.
“Setiap orang mempunyai kelebihan cuma ramai yang tidak tahu gunakan, jadi melalui seminar ini kita terangkan menerusi teori dan praktikal bagaimana tenaga dalaman yang kita ada ini boleh digunakan untuk mengelakkan diri daripada gangguan halus,” katanya.
Petikan:Sinar Harian
15 Okt. 2012.

Thursday, 11 October 2012

Kahwin dengan Programmer


Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang “programmer” anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found…
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied…
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters…
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It’s by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use … Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. “

Friday, 5 October 2012

Cara Elak Bekas Dari Berbau

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.

KANAK-KANAK tidak mampu menahan pergolakan emosi

Oleh itu, apabila dia marah, kecewa atau putus asa, dia akan meluahkannya dengan menangis, menjerit atau menghentak-hentak kaki.

Sebenarnya apa yang dilakukan kanak-kanak itu adalah sebahagian daripada perkembangannya untuk mengawal diri sendiri. Malah, mereka akan bersikap marah-marah (tantrums) ketika berusia antara setahun hingga tiga tahun, tetapi menjelang usia empat tahun, sikap mereka yang suka marah dan meradang akan berhenti dengan sendirinya.
Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak dalam usia setahun hingga tiga tahun sebenarnya sibuk mempelajari pelbagai perkara mengenai dunianya. Dia juga sangat bersemangat untuk mengawal semua perkara.
Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak dalam usia setahun hingga tiga tahun sebenarnya sibuk mempelajari pelbagai perkara mengenai dunianya. Dia juga sangat bersemangat untuk mengawal semua perkara.
Dia mahu berdikari dan melakukan semua perkara sendiri.
Dia juga ingin membuat pilihan sendiri dalam apa juga perkara dan mudah meradang
apabila ibu bapa menghalangnya. Sikapnya yang suka marah-marah itu mungkin satu daripada pelajaran yang susah untuk dipelajarinya.
Mengapa kanak-kanak mudah marah dan meradang
Dia keliru kerana tidak memahami sepenuhnya apa yang diminta atau dikatakan ibu bapa.
Dia mungkin kecewa orang lain tidak memahami apa yang dikatakannya.
Dia mungkin tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan dan keperluannya.
Selepas usianya tiga tahun, kebanyakan kanak-kanak boleh bercakap dengan betul.
Ini memudahkannya meluahkan apa yang dirasa.
Secara automatik, sikapnya yang suka marah-marah hilang begitu saja.
Bagaimanapun, kanak-kanak yang tidak berupaya bertutur dengan baik
masih suka meluahkan apa yang dirasanya.
Justeru, sikap yang suka marah akan berterusan.
Anak anda mungkin belum belajar menyelesaikan masalahnya sendiri dan mudah putus asa.
Mungkin dia mengalami kesakitan atau masalah fizikal lain yang menghalangnya meluahkan apa yang dia rasa.
Dia mungkin lapar, tetapi tidak mengetahuinya.
Dia mungkin letih dan tidak cukup tidur.
Dia mungkin rasa gelisah dan tidak selesa.
Dia mungkin berasa tertekan dengan perubahan di dalam atau persekitaran rumah.
Anak mungkin cemburu dengan adik beradik dan mahu lebih perhatian.
Dia mungkin tidak boleh melakukan apa yang dia impikan.
Bagaimana mencegah sikap marah anak?
Anda mungkin terkejut jika anak anda hanya akan bersikap marah-marah di hadapan anda saja. Dia sebenarnya menguji peraturan dan had yang anda gariskan untuknya.
Kanak-kanak akan lebih selamat bersikap demikian di hadapan orang yang dipercayainya.
Justeru, anda mungkin sukar mencegah sikapnya yang suka marah-marah tidak menentu itu, tetapi ada beberapa cadangan yang dapat membantu anda iaitu:
Galakkan anak menggunakan perkataan untuk memberitahu apa yang dia rasa.
Misalnya, ‘mama, abang marah’ atau ‘ibu, kakak marah’.
Cuba fahami perasaannya dan cadangkan perkataan lain yang menggambarkan perasaannya ketika itu.
Buat peraturan dan had yang munasabah.
Jangan berharap anak kecil akan menjadi sempurna.
Beritahu dia mengapa peraturan itu dibuat dan jangan mengubahnya sesuka hati.
Pastikan setiap perkara rutin berjalan dengan lancar dan anak akan tahu apa yang dia jangkakan.
Elak situasi yang boleh mengecewakan anak.
Elak menziarah atau membeli belah dalam masa yang panjang.
Dia mungkin marah kerana tidak boleh melakukan apa yang dia suka misalnya bermain atau membaca buku kesukaannya. Untuk perjalanan jauh, bawa patung atau buku kegemarannya.
Berhati-hati menyebut tidak.
Apabila anak mengatakan tidak untuk semua permintaannya, ia amat mengecewakan.
Oleh itu, dengar dengan baik apa yang dia mahu.
Jika permintaannya munasabah, tidak salah mengatakan boleh, tetapi jika ia membabitkan keselamatannya, jangan mengatakan boleh hanya untuk mengelak dia marah.
Biar anak membuat pilihan.
Contohnya jika dia malas mandi beritahu dengan jelas mengapa dia perlu mandi.
Jika anda biasa bertanya padanya, abang hendak mandi tak?
Cuba katakan begini, bangun pagi abang perlu mandi.
Abang hendak berjalan ke bilik mandi atau mama dukung abang?,”
Apa yang perlu anda buat jika anak marah-marah?
Cuba alihkan perhatiannya, misalnya membuat jenaka.
Bertenang dan jangan turut sama naik angin.
Bila dia marah, anda perlu berdiri berdekatan dengannya atau pegang dia tanpa bercakap sepatah pun hingga dia diam. Kalau anda tidak boleh bertenang, jauhkan diri darinya.
Bagaimanapun, kalau anak mula menendang atau menyepak anda, membaling barang, menjerit dan menangis dengan kuat dan berpanjangan, jauhkan dia dari punca kemarahannya. Beri dia masa untuk bertenang.
Bagi kanak-kanak yang sudah berusia lebih tiga tahun, dia akan tahu dengan sendirinya untuk bertenang. Kanak-kanak pada usia ini juga mudah diajak berbual dan berbincang mengapa dia tidak boleh menjerit-jerit dan marah dengan cara begitu.
Bagi kanak-kanak lebih kecil, tinggalkan dia jika anda tidak boleh bersabar. Dalam tempoh seminit dua, jengoklah semula kerana kadangkala akan tertidur atau berhenti menangis apabila tiada siapa sudi melayannya.
Jangan marah dia kerana dia akan memendam rasa marah dan kecewa dengan tindakan anda.

Tuesday, 2 October 2012

Hobi pelik

Hobi pelik seorang wanita tua mengumpul dan melonggokkan barang terbuang dan sampah di ruang tamu serta laman rumahnya menimbulkan kacau ganggu kepada jiran tetangga yang tinggal di Jalan 11 Taman Bukit Kuchai, di sini.

Difahamkan, aktiviti dijalankan lebih 30 tahun lalu dan turut menjadi pendapatan sampingan warga emas berusia 70 tahun itu dikatakan menjadi punca lebih 200 penduduk sekitar diancam masalah pembiakan tikus dan juga haiwan berbisa.

Penduduk, Ahmad Mansor, 62, berkata, dia pernah menasihati jiran yang tinggal selang dua rumah dari kediaman dihuninya namun kata-katanya seolah-olah tidak diambil peduli.

Menurutnya, selain terpaksa menghidu bau busuk, penduduk juga berdepan masalah tikus yang bermaharajalela di rumah wanita warga emas berkenaan.

Ahmad berkata, dia sudah mengadu kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak 2010. Apabila melihat isu itu tidak juga selesai, dia kemudian menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui panggilan telefon untuk membuat aduan sebelum maklum balas diterima mengatakan pihak itu akan mengambil tindakan susulan.Sumber:sinarharian