Peluang Perniagaan Produk Dari CHINA

Sunday, 30 December 2012

teka-teki


1. negara ape banjir dulu baru hujan?
2. ular ape mati hisap rokok?
3. scorpion kale aper?
4. yang membuat tidak menggunakannye, yang membeli hadiahkan kepade orang, yang menerima tidak tahu ape2. ape benda tu?

Adik makan Suratkhabar


Tina, 8 tahun, di suruh oleh ibunya untuk menjaga adiknya yang sedang bermain, kerana ibunya sedang memasak.
Ketika sedang bermain, bayi adiknya itu memakan suratkhabar hampir habis 1 halaman. Tina sangat terjut dan takut
dimarahi oleh ibunya...

Tina : "Ibu.... Adik makan surat khabar sampai hampir habis!".

Ibu : "Apa?!"

Dengan terkejutnya dan sambil berlari.. si ibu merebut sisa suratkhabar yang ada. Lalu dengan senyum si ibu menjawab....

Ibu : "Emm.. biarkan lah dia.. ibu ingatkan suratkhabar hari ni..".

Saturday, 15 December 2012

Wednesday, 21 November 2012

Api kecil secara tiba-tiba


PEKAN - Kejadian api kecil yang muncul secara tiba-tiba  di beberapa bahagian dalam rumah akhirnya berakhir dengan tragedi kebakaran yang menghanguskan seluruh rumah pusaka sepasang warga emas, di sini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.10 petang Rabu lalu, bagaimanapun Abd Hamid Muda, 77, dan isteri, Rafiah Endut, 72, yang uzur berjaya diselamatkan anak-anak mereka yang kebetulan berada di rumah.
Anak ketiga pasangan warga emas itu, Umi Suraya, 37, berkata, pada hari kejadian, semua ahli keluarganya, termasuk abang dan adiknya yang tinggal di luar daerah pulang berkumpul di rumah ibu bapa mereka memandangkan keesokan harinya adalah cuti umum sempena Maal Hijrah.
Menurutnya, ketika kejadian, mereka sedang menikmati hidangan tengah hari sebelum empat ahli keluarga lelaki keluar memancing.

“Ketika itu saya sedang menyiapkan juadah untuk ahli keluarga, namun dikejutkan dengan bau asap dan api marak yang datang dari tingkat atas.

“Saya sempat lihat katil dua tingkat di dalam rumah terbakar lalu menjerit minta semua ahli keluarga keluar menyelamatkan diri termasuk membawa kedua ibu bapa kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Umi Suraya berkata, api merebak terlalu cepat menghalang dia dan ahli keluarga lain membawa keluar dokumen serta barangan berharga.

“Kami sekeluarga hanya dapat melihat api marak dan segala barang penting hangus begitu sahaja.
“Walaupun sedih kerana tinggal sehelai sepinggang, namun kami bersyukur kerana apa yang penting ibu dan ayah serta ahli keluarga lain selamat,” katanya.

Api muncul tiba-tiba

Di sebalik tragedi yang menimpa keluarga itu, mereka sempat berkongsi pengalaman aneh yang dialami iaitu kemunculan api misteri di beberapa bahagian dalam rumah berusia lebih 100 tahun itu.
Umi Suraya berkata, dia sekeluarga mula ‘diganggu’ kemunculan api misteri pada hari ketiga umat Islam menyambut Aidilfitri dan ia berulang sehingga menyebabkan mereka terpaksa berjaga-jaga bagi mengelakkan kebakaran lebih besar.
“Kami dapat lihat api membakar di bahagian bucu tilam, malah kain di dalam almari juga turut terbakar secara tiba-tiba dan api muncul tanpa disedari.
“Api berkenaan muncul dan membakar tempat yang sama dan jika kami membuang tilam yang digunakan, api tersebut akan muncul di tempat lain pula,” katanya.
Abang sulungnya, Abdul Ghani, 47, turut menyokong dakwaan Umi Suraya mengenai kehadiran api misteri itu dan tidak menyangka kejadian aneh terbabit berakhir dengan tragedi yang menyebabkan seluruh rumahnya hangus.
Katanya, keluarganya ada memanggil ustaz untuk melihat keadaan rumah dan meminta nasihat mengenai kejadian aneh itu.

“Ada yang memberitahu perkaitan yang menyebabkan kejadian itu, namun kami sekeluarga terus bersabar selain melakukan persediaan seperti meletakkan sebaldi air di dalam setiap bilik.

“Kami sebelum ini dapat memadam kebakaran kecil akibat kemunculan api tersebut, namun kebakaran Rabu lalu tidak dapat diatasi berikutan api terlalu besar sehingga memusnahkan rumah peninggalan nenek moyang kami,” katanya yang mengakui mengalami kerugian kira-kira RM200,000.

Abdul Ghani berkata, mereka sekeluarga reda dengan musibah itu walaupun kehilangan punca pendapatan berikutan rumah terbabit turut dijadikan sebagai pusat menenun yang diusahakan keluarganya di bawah Industri Tenun Diraja Pahang, Kampung Pulau Keladi.

“Semua hasil tenun yang dimiliki, selain tempahan kain tenun yang disiapkan untuk pelanggan termasuk peralatan membuat tenunan Pahang yang diusahakan sejak berpuluh tahun lalu hangus.
“Kami sekeluarga kini menumpang teduh di Balai Raya Kampung Pulau Keladi dan terpaksa memulakan kehidupan dari mula selepas semuanya musnah,” katanya.

PAKP hulur bantuan

Kejadian yang menimpa keluarga berkenaan mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) kawasan Pekan yang hadir menghulurkan sumbangan.
Presidennya, Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, tragedi yang menimpa keluarga itu perlu diberi perhatian dan bantuan sewajarnya supaya mereka boleh memulakan kehidupan baru.
Menurutnya, pihaknya terpanggil membantu keluarga terbabit melalui sumbangan termasuk barangan keperluan.

“Saya berharap keluarga ini tabah menjalani ujian ALLAH SWT, selain tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan, tambahan ibu bapa mereka semakin uzur dan memerlukan perhatian," katanya sewaktu melawat mangsa.
Turut hadir melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa, Timbalan Pertubuhan Perintis Anak Watan Pahang (PPAWP), Datuk Zuhairi Ab Kadir.
rujukan:sinarharian

Thursday, 8 November 2012

Pelik TAPI...........

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di 
kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai. 

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, 
apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki 
akan krem di sesetengah kawasan. 

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih 
tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, 
dua tat, tiga tat, sampai lapan. 

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. 
"Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa 
mana ni?" 

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram 
dimakan oleh orang Islam. 

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak 
kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua. 

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau 
orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut. 

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si 
Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan. 

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga 
boleh meletihkan. 

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru 
diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. 
Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada. 

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut 
kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir) 

Wednesday, 31 October 2012

‘Pak Lurah’ halang pernikahan gadis diculik


KAMPUNG GAJAH: Misteri kehilangan seorang remaja perempuan, Norshahirah Zaman Huri, 17, sejak 10 hari lalu terjawab apabila mangsa dikesan hampir berkahwin dengan seorang pemuda dari Pulau Batam, Indonesia, tetapi dihalang jurunikah di negara itu.
Difahamkan, jurunikah yang juga ketua masyarakat pulau berkenaan menghalang pernikahan itu selepas mendapati mangsa rakyat Malaysia dan di bawah umur untuk berkahwin.

Susulan itu, jurunikah terbabit menahan Norshahirah dan menyerahkan teman lelakinya dikenali sebagai Patah kepada pihak berkuasa republik itu kerana disyaki menculik mangsa.
Mangsa dijaga rapi jurunikah terbabit sebelum ibu bapa mangsa yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, dihubungi memaklumkan penemuan anak gadis mereka, Rabu lalu.

Susulan itu, Norshahirah dihantar pulang ke Jeti Larkin, Johor jam 8 pagi semalam sebelum disambut bapanya, Zaman Huri Tan, 51, ibu, Maria Mohd Noh, 49, dan Ketua Kampung Jawa, Zara’ai Nekmat, 64.

Mangsa yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibawa pulang ke rumahnya di sini, jam 6 petang semalam sebelum diambil keterangan oleh polis.
Sementara itu, Norshahirah yang ditemui masih trauma dan terpinga-pinga ketika disambut ahli keluarga yang merindui kepulangannya.

Remaja itu masih sugul dan keberatan menjawab soalan mengenai kisahnya apabila ditanya media selain hanya mengangguk lesu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, kejayaan membawa pulang remaja terbabit hasil kerjasama jurunikah dikenali sebagai ‘Pak Lurah’ yang enggan menikahkan pasangan itu.

Katanya, jurunikah berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa negara berkenaan dan menjaga remaja itu sehingga dihantar ke Malaysia.

“Kami menganggap kejayaan membawa pulang remaja ini sebagai satu keajaiban kerana dilakukan menerusi budi bicara. Sebelum ini, kami cuba menjejakinya termasuk menerusi bantuan Interpol, tetapi gagal mengesannya,” katanya di sini, semalam.

Remaja itu tidak pulang ke rumah selepas dibawa lelaki dikenali sebagai Patah sebaik keluar ke bandar Teluk Intan untuk bertemu seorang rakan pada 20 Oktober lalu.

Sementara itu, Zaman Huri berkata, anaknya membayangkan kemungkinan tidak mengambil peperiksaan SPM yang kurang seminggu.

“Alhamdulillah, dia berada dalam keadaan baik dan kesihatannya pun tiada masalah, hanya kelihatan letih mungkin kerana terpaksa mengharungi perjalanan panjang,” katanya.

Tuesday, 23 October 2012

5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating, betul ke?


1. Kawan baik kakak anda.
Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ‘diserang’.
2. Setiausaha anda.
Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.
3. Bekas teman wanita.
Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.
4. Teman wanita kawan anda.
Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.
5. Wanita yang terlalu demand.
Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ‘demand’ kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.
Fikir-fikirkan lah ! Anda bagaimana ?

Monday, 15 October 2012

Dirasuk jin, peserta cabar berlawan


AMPANG – Sesi kedua Seminar Pembinaan Ketahanan Dalaman anjuran Pengasas Rawatan Komplimentari Yashfien, Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) yang berlangsung di Kelab Darul Ehsan, semalam tergendala selama lebih kurang sejam apabila tiga peserta dipercayai dirasuk jin.

Kejadian itu berlaku apabila seorang remaja lelaki tiba-tiba bangun dan mencabar ahli panel untuk berlawan diikuti selang 10 minit kemudian seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dan seorang wanita warga emas bangun turut memperkatakan hal sama.
Perkara aneh itu disaksikan lebih 100 peserta yang sedang mengikuti tajuk kedua program ‘Apa Itu Sihir’ bersama Imam Masjid Putra Perdana Puchong, Dr Abdullah Qurtubi.

Pak Engku ketika ditemui tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana perkara itu sudah diduganya sejak awal lagi.
“Perkara ini dilakukan oleh jin, jin sememangnya mahu menggagalkan seminar ini, jadi dia akan gunakan apa cara sekalipun untuk membuat tumpuan peserta dan ahli panel terganggu,” katanya yang sudah mengendalikan tiga siri seminar sebelum ini.
Menurutnya, peristiwa yang berlaku semalam adalah kali pertama sepanjang penganjuran seminar itu.
“Saya memang sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan seperti ini, ini semua kuasa ALLAH SWT, kita hanya berikhtiar untuk menyembuhkan sahaja,” katanya.  
Beliau berkata, kesemua peserta dibacakan ayat suci al-Quran sebelum masing-masing beransur pulih.

Mengulas lanjut mengenai seminar diadakan, beliau berkata, ia lebih kepada aspek teknikal untuk menghalang sihir termasuk gangguan jin melalui kekuatan yang ada pada diri setiap orang.
“Setiap orang mempunyai kelebihan cuma ramai yang tidak tahu gunakan, jadi melalui seminar ini kita terangkan menerusi teori dan praktikal bagaimana tenaga dalaman yang kita ada ini boleh digunakan untuk mengelakkan diri daripada gangguan halus,” katanya.
Petikan:Sinar Harian
15 Okt. 2012.

Thursday, 11 October 2012

Kahwin dengan Programmer


Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang “programmer” anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found…
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied…
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters…
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It’s by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use … Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. “

Friday, 5 October 2012

Cara Elak Bekas Dari Berbau

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.

KANAK-KANAK tidak mampu menahan pergolakan emosi

Oleh itu, apabila dia marah, kecewa atau putus asa, dia akan meluahkannya dengan menangis, menjerit atau menghentak-hentak kaki.

Sebenarnya apa yang dilakukan kanak-kanak itu adalah sebahagian daripada perkembangannya untuk mengawal diri sendiri. Malah, mereka akan bersikap marah-marah (tantrums) ketika berusia antara setahun hingga tiga tahun, tetapi menjelang usia empat tahun, sikap mereka yang suka marah dan meradang akan berhenti dengan sendirinya.
Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak dalam usia setahun hingga tiga tahun sebenarnya sibuk mempelajari pelbagai perkara mengenai dunianya. Dia juga sangat bersemangat untuk mengawal semua perkara.
Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak dalam usia setahun hingga tiga tahun sebenarnya sibuk mempelajari pelbagai perkara mengenai dunianya. Dia juga sangat bersemangat untuk mengawal semua perkara.
Dia mahu berdikari dan melakukan semua perkara sendiri.
Dia juga ingin membuat pilihan sendiri dalam apa juga perkara dan mudah meradang
apabila ibu bapa menghalangnya. Sikapnya yang suka marah-marah itu mungkin satu daripada pelajaran yang susah untuk dipelajarinya.
Mengapa kanak-kanak mudah marah dan meradang
Dia keliru kerana tidak memahami sepenuhnya apa yang diminta atau dikatakan ibu bapa.
Dia mungkin kecewa orang lain tidak memahami apa yang dikatakannya.
Dia mungkin tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan dan keperluannya.
Selepas usianya tiga tahun, kebanyakan kanak-kanak boleh bercakap dengan betul.
Ini memudahkannya meluahkan apa yang dirasa.
Secara automatik, sikapnya yang suka marah-marah hilang begitu saja.
Bagaimanapun, kanak-kanak yang tidak berupaya bertutur dengan baik
masih suka meluahkan apa yang dirasanya.
Justeru, sikap yang suka marah akan berterusan.
Anak anda mungkin belum belajar menyelesaikan masalahnya sendiri dan mudah putus asa.
Mungkin dia mengalami kesakitan atau masalah fizikal lain yang menghalangnya meluahkan apa yang dia rasa.
Dia mungkin lapar, tetapi tidak mengetahuinya.
Dia mungkin letih dan tidak cukup tidur.
Dia mungkin rasa gelisah dan tidak selesa.
Dia mungkin berasa tertekan dengan perubahan di dalam atau persekitaran rumah.
Anak mungkin cemburu dengan adik beradik dan mahu lebih perhatian.
Dia mungkin tidak boleh melakukan apa yang dia impikan.
Bagaimana mencegah sikap marah anak?
Anda mungkin terkejut jika anak anda hanya akan bersikap marah-marah di hadapan anda saja. Dia sebenarnya menguji peraturan dan had yang anda gariskan untuknya.
Kanak-kanak akan lebih selamat bersikap demikian di hadapan orang yang dipercayainya.
Justeru, anda mungkin sukar mencegah sikapnya yang suka marah-marah tidak menentu itu, tetapi ada beberapa cadangan yang dapat membantu anda iaitu:
Galakkan anak menggunakan perkataan untuk memberitahu apa yang dia rasa.
Misalnya, ‘mama, abang marah’ atau ‘ibu, kakak marah’.
Cuba fahami perasaannya dan cadangkan perkataan lain yang menggambarkan perasaannya ketika itu.
Buat peraturan dan had yang munasabah.
Jangan berharap anak kecil akan menjadi sempurna.
Beritahu dia mengapa peraturan itu dibuat dan jangan mengubahnya sesuka hati.
Pastikan setiap perkara rutin berjalan dengan lancar dan anak akan tahu apa yang dia jangkakan.
Elak situasi yang boleh mengecewakan anak.
Elak menziarah atau membeli belah dalam masa yang panjang.
Dia mungkin marah kerana tidak boleh melakukan apa yang dia suka misalnya bermain atau membaca buku kesukaannya. Untuk perjalanan jauh, bawa patung atau buku kegemarannya.
Berhati-hati menyebut tidak.
Apabila anak mengatakan tidak untuk semua permintaannya, ia amat mengecewakan.
Oleh itu, dengar dengan baik apa yang dia mahu.
Jika permintaannya munasabah, tidak salah mengatakan boleh, tetapi jika ia membabitkan keselamatannya, jangan mengatakan boleh hanya untuk mengelak dia marah.
Biar anak membuat pilihan.
Contohnya jika dia malas mandi beritahu dengan jelas mengapa dia perlu mandi.
Jika anda biasa bertanya padanya, abang hendak mandi tak?
Cuba katakan begini, bangun pagi abang perlu mandi.
Abang hendak berjalan ke bilik mandi atau mama dukung abang?,”
Apa yang perlu anda buat jika anak marah-marah?
Cuba alihkan perhatiannya, misalnya membuat jenaka.
Bertenang dan jangan turut sama naik angin.
Bila dia marah, anda perlu berdiri berdekatan dengannya atau pegang dia tanpa bercakap sepatah pun hingga dia diam. Kalau anda tidak boleh bertenang, jauhkan diri darinya.
Bagaimanapun, kalau anak mula menendang atau menyepak anda, membaling barang, menjerit dan menangis dengan kuat dan berpanjangan, jauhkan dia dari punca kemarahannya. Beri dia masa untuk bertenang.
Bagi kanak-kanak yang sudah berusia lebih tiga tahun, dia akan tahu dengan sendirinya untuk bertenang. Kanak-kanak pada usia ini juga mudah diajak berbual dan berbincang mengapa dia tidak boleh menjerit-jerit dan marah dengan cara begitu.
Bagi kanak-kanak lebih kecil, tinggalkan dia jika anda tidak boleh bersabar. Dalam tempoh seminit dua, jengoklah semula kerana kadangkala akan tertidur atau berhenti menangis apabila tiada siapa sudi melayannya.
Jangan marah dia kerana dia akan memendam rasa marah dan kecewa dengan tindakan anda.

Tuesday, 2 October 2012

Hobi pelik

Hobi pelik seorang wanita tua mengumpul dan melonggokkan barang terbuang dan sampah di ruang tamu serta laman rumahnya menimbulkan kacau ganggu kepada jiran tetangga yang tinggal di Jalan 11 Taman Bukit Kuchai, di sini.

Difahamkan, aktiviti dijalankan lebih 30 tahun lalu dan turut menjadi pendapatan sampingan warga emas berusia 70 tahun itu dikatakan menjadi punca lebih 200 penduduk sekitar diancam masalah pembiakan tikus dan juga haiwan berbisa.

Penduduk, Ahmad Mansor, 62, berkata, dia pernah menasihati jiran yang tinggal selang dua rumah dari kediaman dihuninya namun kata-katanya seolah-olah tidak diambil peduli.

Menurutnya, selain terpaksa menghidu bau busuk, penduduk juga berdepan masalah tikus yang bermaharajalela di rumah wanita warga emas berkenaan.

Ahmad berkata, dia sudah mengadu kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak 2010. Apabila melihat isu itu tidak juga selesai, dia kemudian menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui panggilan telefon untuk membuat aduan sebelum maklum balas diterima mengatakan pihak itu akan mengambil tindakan susulan.Sumber:sinarharian

Friday, 28 September 2012

Friday, 21 September 2012

SAKSI YANG PASTI


Di sebuah mahkamah… peguambela sedang mempertahankan anak
guamnyayangdituduh membuhun denganmenanyakan soalan yang bertubi- tubi pada saksi yang juga seorangdoktor…
“Saudara saksi, apakah sebelum memutuskan bahwa mangsa telah meninggal dunia, Saudara telahmemeriksa denyut nadinya?”
“Tidak,” jawab si doktor.
“Apakah Saudara memeriksa dengan cara lain, seperti denyut
padabagianlehernya, atau nafaspada hidungnya?”
“Saya tidak melakukannya!”
“Atau mungkin Anda telah melakukan sesuatu ujian tertentu.. untuk memastikan mangsa telah betul-betul meninggal dunia?”
“Sama sekali tidak!”
“Jadi, apa yang Anda lakukan terhadap mangsa sebelum Anda memutuskanbahwa ianya sudah meninggal dunia?”
“Saya hanya melihatnya saja!” Jawab doktor selamber..
“Hanya melihat saja?” Peguambela itu mula tersenyum
tanda kemenangan..
“Jadi, Anda tidak melakukan apapun terhadap mangsa?.. tetapi hanya melihatnya saja, dan Anda berani mengatakan bahawa mangsa sudah meninggal dunia? Apakah tidak mungkin sebenarnya mangsa masih hidup, tetapi kerana kelalaian Anda, maka dia meninggal dunia?
“sesiapapun yang melihat mangsa dalam keadaan kepala tercabut
dari badannya dan hatinya telah dikeluarkan…. pasti mengetahui
keadaan mangsa ketika itu”Jawab si doktor.

Monday, 10 September 2012

5 Kisah Pelik

5 Kisah Pelik Tapi Benar (Menarik!)

Kisah pelik, kebiasaannya ramai mengganggapnya pelik kejadian seumpama itu tidak pernah dilihat lagi sebelum ini. Kejadian pelik sememamngnya membuatkan seseorang itu teruja untuk mengetahuinya. Sebagai contoh, mengenai haiwan pelik, ramai yang merasa ingin tahu bagaimanakah rupa haiwan pelik tersebut dan sebagainya. Kali ini terdapat 5 kisah pelik tapi benar, jom kita baca di bawah ini.

1.Kembar tiga yang lahir dengan selisih waktu 11 tahun.
Ini benar-benar susah untuk dipercayai bahawa dua gadis dan bayi berusia 3 bulan di dalam gambar di atas adalah kembar tiga,Bethony,Megand dan Ryleigh memang kembar tiga.Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama,Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah kelahiran saudara kembarnya.Hal ini disebabkan kerana,1 dari 3 embrio telah dibekukan untuk dilahirkan 11 tahun kemudian.
2. Orang yang ditembak di kepalanya,tetapi baru mengetahuinya 5 tahun kemudian.
Seorang lelaki yang tinggal di Jerman hidup dengan normal dan baik-baik saja selama lima tahun tanpa menyedari dia telah ditembak di kepala.Peluru kaliber 0,22 ditemui ketika lelaki itu pergi ke dokter untuk memeriksanya.Yang dia ingat adalah bahwa dia telah menerima pukulan ke kepala pada tengah malam di sebuah parti Tahun Baru “di tahun 2004,atau 2005″,tapi terlupa tentang hal itu kerana dia “sangat mabuk”.
3. Orang yang menembak seorang remaja kerana memakai seluar baggy.
Polis di Tennessee mengatakan Kenneth,45 tahun menjadi sangat benci dan marah padaremaja yang memakai seluar baggy dan dia menembak remaja itu di punggung.Pada 25 September,dia didakwa dengan dua tuduhan melakukan serangan dan melepaskan tembakan beberapa kali pada pemuda 17 tahun setelah mangsa menolak untuk menarik seluarnya yang melorot dan menghina kennet dengan gelaran bontot gemuk.
4.Wanita yang memecahkan rekod dunia paling gemuk dengan berat 700 pounds (320 Kg).
Ketika di usia 20,berat Terri Smith hanya sekitar 120 kilogram.Terri menikahi Myron,pada tahun 1986.Pada usia 32 dia menderita arthritis di lututnya dan tidak mampu untuk berjalan lebih dari beberapa langkah pada satu waktu.Kemudian Smith diberi kerusi roda litrik untuk berkeliling namun disebabkan Kurangnya latihan senaman fizik dan tidak mengubah pola makan menyebabkan berat badannya naik sehingga dia hampir tidak mampu berdiri.
5.Pencuri yang cuba mencuri di muzium dengan menyamar menggunakan rumput.
Menurut polis di Oregon,Gregory Liascos,suspek yang berumur 36 tahun menyamar ala kamuflase sebelum mencuba untuk menerobosi dinding sebuah muzium batu dan mineral selama beberapa malam pada bulan Oktober dalam upaya untuk mencuri koleksi emas muzium bernilai 0,25 juta dolar.Karyawan Muzium menelepon polis setelahmenemukan adanya bekas lubang dipahat di dinding dan meskipun pakaian rumput nya susah untuk dikesan,anjing polis berhasil mengesan suspek.Anjing itu menggigit timbunan tanah yang ditumbuhi rumput,dan tanah itupun menjerit.Gregory ditangkap serta merta setelah penyamarannya terbongkar oleh anjing polis.


Tuesday, 14 August 2012

Air gas punca berat badan naik

Saintis biologi, Doktor Hans-Peter Kubis yang membuat kajian mengenai kesan minuman ringan kepada manusia mendapati, minuman berkarbonat boleh menghasilkan keputusan yang sangat mengejutkan.

Malah beliau percaya keputusan yang diperolehnya itu akan menyebabkan mereka yang gemar minuman berkarbonat tidak akan menyentuhnya lagi.
Menurut kajian Kubis, walaupun hanya meminum minuman ringan dengan jumlah yang sedikit iaitu satu tin sehari atau dua tin seminggu, ia tetap akan mengubah tahap metabolisme yang akhirnya akan menyebabkan berat badan bertambah.

Bagi kanak-kanak pula, minuman ringan akan menyebabkan ketagihan dan mengubah nafsu makan mereka kepada makanan ringan.

Kajian itu turut mendapati, meminum minuman berkabonat setiap hari juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan masalah penyakit dalam jangka panjang.

Penyelidikan oleh Universiti Bangor itu yang diterbitkan di Jurnal Pemakanan Eropah menyatakan, minuman ringan sebenarnya mengubah kadar metabolisme, di mana otot menggunakan gula untuk tenaga berbanding lemak.

Kajian itu mendapati, cecair gula menyebabkan gen di bahagian otot berubah fungsi dan ia mungkin berkekalan.

Menurut penyelidikan itu, minuman berkarbonat bukan sahaja menyebabkan berat badan meningkat, tetapi juga menyebabkan tahap metabolisme menjadi tidak efisien dan kurang berupaya menahan peningkatan gula dalam darah.

"Keadaan ini seterusnya akan meningkatkan risiko mengidap diabetis tahap dua," kata Kubis yang merupakan saintis dan pakar pemakanan yang mengetuai penyelidikan itu.

Sebenarnya, penyelidikan itu adalah untuk kajian terbaru mengenai amaran bahaya minuman berkarbonat dan kaitannya dengan penyakit serius. 

Monday, 6 August 2012

IKAN KELISA JANTAN


link:    http://bit.ly/x6wkbc

IKAN kelisa jantan bertindak mengeram benih telur daripada kelisa betina sehingga mencapai tempoh matang sebelum dikeluarkan daripada mulutnya.

Thursday, 12 July 2012

Terbiar leka kejar harta


UBAY bin Ka’ab iaitu sahabat Rasulullah SAW meriwayatkan dalam sebuah hadis, baginda bersabda yang bermaksud: “Serigala buas yang dilepaskan di kandang kambing tidak lebih berbahaya daripada cinta harta dan pangkat dalam kehidupan agama seseorang.”
Ketika manusia rakus mengejar kemewahan dunia, ada antara kita kadangkala melampaui batas serta norma kehidupan dengan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamat. 
Pada waktu dunia akhir zaman ini, kita lihat ramai sanggup memijak serta menindas orang lain demi kekayaan, harta dan pangkat.
Tidak kurang juga manusia seperti berlumba-lumba untuk menjatuh dan mengaibkan seteru atau pesaingnya dalam apa juga bidang.

Halal dan haram tidak lagi menjadi persoalan, buatlah dengan apa cara sekalipun, asalkan memperoleh apa diinginkan.

Namun ketahuilah, setiap yang diusahakan di muka bumi pasti dihitung Allah pada hari pengadilan di Padang Mahsyar.

Sebenarnya, saya tertarik dengan istilah yang disebut oleh seorang ustaz baru-baru ini yang menyebut Allah itu Maha ‘sensitif’.

Perkataan sensitif itu merujuk kepada sifat Allah yang sangat peka seperti dinyatakan Allah di dalam surah Az-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”

Begitulah betapa sensitifnya Allah terhadap setiap apa yang diusahakan hamba-Nya yang mengakui sebagai Muslim di atas muka bumi.

Selagi mana seseorang itu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu secara zahir, Allah akan melihat dan menilai setiap perbuatannya selagi mana dia bernafas.

Dalam surah Ali-Imran ayat 85, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, tidak akan diterima daripadanya (amalan), dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang- orang yang rugi.”

Jika dilihat, Allah tidak menyatakan mereka akan rugi di dunia tetapi akan rugi pada hari akhirat. Apabila Allah menyatakan sedemikian, nescaya mereka akan benar-benar rugi dan merasa teramat sesal pada hari akhirat.

Kerana itu Allah dengan sifat pemurah-Nya mengurniakan segala-galanya bagi mereka (termasuk juga orang Islam) yang mengejar kehidupan dunia dan melupakan hari akhirat. Perkara ini disebutkan oleh Allah di dalam surah Hud, ayat 15 dan 16 yang bermaksud: “Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh al-Quran mengenai sah atau batalnya), Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.

“Merekalah orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka kerjakan.”

Berdasarkan ayat di atas, tidak hairan mengapa Allah ‘membiarkan’ mereka melakukan apa saja di muka bumi. Mereka bebas untuk tidak menunaikan solat, mengambil rasuah dan memakan hasil riba, memfitnah, mengaib serta menganiaya orang lain dan menipu dalam urusan jual-beli.

Mereka akan terlepas daripada hukuman di dunia tetapi akan berdepan Allah untuk menjawab dosa yang mereka lakukan ketika seluruh anggota berbicara sendiri.

Sebelum itu, seluruh umat manusia akan menerima buku catatan amalan yang terkandung di dalamnya setiap perincian amalan ketika hidup di dunia seperti difirmankan Allah dalam surah Al-Jaathiyah ayat 28 dan 29 yang bermaksud: “Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu kerjakan!

“Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu lakukan (di dunia dulu)!”

Pada hari akhirat, digambarkan kepada kita bahawa manusia akan berjalan ke Padang Mahsyar dalam pelbagai keadaan.

Di dalam surah Al-Isra’, ayat 97, Allah menyatakan, bahawasanya: “... Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing- masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak...”

Dalam Hadis Riwayat Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, dinyatakan bahawa Rasulullah berkata, wujud tiga kelompok pada hari akhirat.

Kelompok pertama adalah mereka yang berjalan kaki, kedua adalah mereka yang menunggang kenderaan dan yang terakhir adalah mereka yang berjalan dengan wajahnya (mukanya). Maka bertanyalah sahabat kepada baginda, bagaimana manusia berjalan di atas wajahnya?

Rasulullah menjawab, sebagaimana kamu mempercayai bagaimana Allah membuat makhluk-Nya berjalan dengan kakinya, tentunya Allah boleh menjadikan manusia berjalan di atas wajahnya.

Sesuatu yang paling mulia pada fizikal manusia ialah wajahnya. Selain tempatnya di bahagian atas, Rasulullah mengeji manusia yang memukul atau merosakkan wajah orang lain kerana mulianya wajah manusia itu.

Namun, bagi yang melupakan Allah dan lalai dengan kehidupan dunia, Allah menghina mereka dengan menterbalikkan keadaan dan menjadikan wajahnya sebagai ‘kaki’ untuk berjalan pada hari akhirat. Nauzubillah!

Ketahuilah, Allah tidak melarang manusia berusaha mengecapi kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia. Namun, berpada-pada dan jangan lalai dengan suruhan Allah dan menindas serta mengambil hak orang lain.

Firman Allah dalam surah Al-Insyirah, ayat 7 dan 8: “Kemudian apabila engkau selesai (daripada sesuatu amal soleh), bersungguh- sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh lain). Dan kepada Tuhanmu saja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).”

Saturday, 7 July 2012

Kisah Mualaf Dan Daging Babi


Pengalaman Dan Coretan Aliya (Mualaf)
"Babi sedapkah?"
"Apa rasanya?"
"Mengapa orang Cina suka makan daging babi?"
Apabila saya menceritakan kepada suami cara memasak 'Tao-Yu Bak' (Daging Babi masak kicap), resipi yang diwarisi daripada nenek saya, wajahnya akan berubah, geli gelaman dan loya. Biasalah orang Melayu, dibesarkan dari kecil untuk membenci babi. Tapi bagi saya yang hidup makan daging babi selama lebih 3 dekad, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sudah tahu tekstur daging itu, dan sudah boleh bezakannya daripada daging ayam serta lembu.
Setiap kali juga, apabila ditujukan soalan tentang pemakanan daging ini oleh mereka yang baru memeluk Islam kepada mereka yang lahir Islam, kebiasaannya akan disuruh elak. Haram makan makanan tidak halal. Dosa besar.
Tapi bagaimana nak elak makan sekiranya mualaf itu masih tinggal dan bergantung kepada keluarganya yang bukan Islam, serta sudah menjadi kebiasaan makan bersama? Nak makan daging? Daging bagi keluarga Cina dan Hindu adalah daging babi, bukan daging lembu. Mana boleh makan, haram. Nak makan ayam yang tidak disembelih cara Islam, haram juga.
Habis nak makan apa? Ikan? Tapi.. kata ustaz kalau makanan dimasak dalam periuk atau kuali yang tidak disamak tetap haram hukumnya. Tidak boleh dimakan.
Habis, nak makan apa?
Ahhh, dilema yang dihadapi ramai mualaf yang masih belum mengkhabarkan pengislaman mereka kepada keluarga masing-masing.
Mengapa belum?
Kerana kebanyakan mereka golongan pelajar sekolah dan kolej, mahasiswa, atau yang tidak ada pendapatan tetap atau kediaman lain. Mereka yang bergantung kepada keluarga untuk sara hidup, pendidikan dan tempat perlindungan.
Bila mereka nak beritahu keluarga bahawa mereka dah Islam?
Entah, mereka masih mencari jalan. Masih berikhtiar untuk menyampaikan berita tersebut dengan lembut. Kerana tahu bahawa kelaurga tidak akan merestui pengislaman mereka.
Perlu mengambil masa, agar tidak terputus hubungan kekeluargaan. Agar ibu bapa yang sudah tua dan uzur tidak diserang sakit tenat akibat terkejut dan sakit hati dengan berita tergempar itu.
Tapi bagaimana mereka nak hidup sebagai orang Islam kalau belum beritahu keluarga? Kalau sudah peluk Islam, kenalah beritahu. Haram makan makanan tidak halal. Wajib mengerjakan solat. Kena puasa pada bulan Ramadhan. Yang wanita, perlu jaga aurat. Apa status mereka?
Itulah masalahnya. Anda dilahirkan sebagai sebagai orang Islam, anda tak alami sendiri masalah mereka yang baru memeluk Islam. Mereka yang kita gelar 'closet Muslim' atau 'mualaf sembunyi' kerana belum mengisytiharkan pengislaman mereka. Ramai yang muda belia. Mereka berani kerana memeluk Islam setelah belajar Islam dan benar-benar yakin bahawa Islam agama benar, dan walaupun mereka mungkin menghadapi amcaman dihalau oleh keluarga masing-masing dan ditamatkan pembiayaan pengajian kolej atau universiti sekiranya keluarga mereka mengetahuinya.
Mereka ini semakin ramai tetapi kerana ada yang belum mendaftarkan diri sebagai orang Islam di jabatan agama Islam, kita tiada data. Tak dapat dikesan kecuali mereka sendiri memberitahu.
Makanan? Terpaksalah mereka pandai-pandai pilih makanan yang halal. Berusaha mengelak daripada makan daging babi bila bersama keluarga. Kita boleh dengan mudahnya berkata bahawa berdosa makan makanan yang tidak halal tetapi ingatlah bahawa mereka yang baru berstatus mualaf "sembunyi" tidak ada banyak pilihan, terutama bagi mereka yang keluarganya kuat beragama atau berpegang pada adat resam. Mengaku orang Islam bermakna bakal dihalau dari rumah, terputus hubungan kekeluargaan untuk sementara waktu, dan akan mengakibatkan keluarga sendiri dipulaukan dan dikecam hebat oleh jiran dan saudara mara yang juga bukan Islam.
Solat? Yang sudah belajar akan cuba lakukan secara sembunyi-sembunyi. Satu risiko. Yang muslimah, mungkin terpaksa solat dengan skaf panjang dan kain batik menggantikan telekong kerana kain telekong bukti nyata bahawa mereka sudah Islam. Yang belum pandai solat dan berisiko tinggi, hanya mampu berzikir dan berselawat.
Puasa? Sama juga, yang dapat berpuasa akan berusaha untuk puasa. Yang sudah menjadi kelaziman makan tengah hari dengan keluarga, tahu-tahu sahaja. Sudah tentu mereka sedih kerana tidak mampu berpuasa seperti muslim yang lain. InsyaAllah, mereka akan bayar fidyah apabila berjaya hidup bebas nanti.
Sampai bila nak diamkan diri? Hidup dalam kepuraan? Mereka kena beritahu keluarga!
Sampai mereka bersedia untuk memberitahu. Atau sehingga Allah swt tentukan sendiri bahawa masanya sudah tiba untuk keluarga mengetahuinya. Kalau anda anggap hidup dengan membohongi keluarga tersayang sebagai satu kesalahan dan satu dosa yang tidak patut dilakukan oleh Muslim, bayangkan pula tekanan batin mereka yang melaluinya.
Kena pilih antara cara hidup Islam dan keluarga yang masih kafir. Menghitung hari sehingga mereka dapat berdikari dan bebas hidup sebagai orang Islam.
Saya pernah tujukan permasalahan ini kepada beberapa orang kawan dan ustaz yang saya kenali, yang lahir Islam. Jawapan mereka adalah perlu beritahu keluarga. Tak ada jalan lain.
Jawapan saya kepada mereka yang bertanya (pendapat saya), berusahalah hidup sebagai orang Islam setakat mana yang termampu. Sentiasa berdoa dan memohon ampun daripada Allah. Elakkan makanan yang tidak halal atau sekurang-kurangnya kurangkan pengambilan. Dapatkan sokongan moral dan nasihat mereka yang memahami agar diri tidak terlalu tekanan dengan kehidupan dua identiti ini. Sambil-sambil itu, berikhtiar juga agar dapat memberitahu keluarga tentang pengislaman masing-masing dengan cara terbaik.
Kita yang sudah Islam selalu beranggapan bahawa tugas membantu golongan mualaf dan mereka yang berminat pada Islam adalah tugas dan tanggungjawab NGO dan agensi Islam. Tanggapan itu perlu dikikis kerana kerap kali, (maafkan saya) pertubuhan begitulah yang sering merosakkan nama baik Islam. Ada segolongan pegawai yang cepat membuat andaian (peluk Islam mesti nak kawin, mudah menghukum halal-haram, tak boleh itu dan ini, kena buat begini kalau tidak tak sah solat bla3), cakap tak serupa bikin (mewakili nama Islam tetapi bercakap kasar, acuh tak acuh dan tidak sabar).
Mualaf 'sembunyi' lebih memerlukan sokongan moral dan bantuan kewangan (bagi yang masih menuntut) supaya mereka lebih bersedia dan berani mengisytiharkan pengislaman mereka dengan lebih awal. Mereka tidak perlukan tekanan lagi dengan kita memberitahu bahawa tindakan mereka terus makan babi bersama keluarga dan meninggalkan amalan lain adalah berdosa.
Kita sering menganggap permasalahan mereka sebagai perkara lekeh dan kecil, yang dibesar-besarkan. Selalu kita tegaskan, kalau dah Islam kenalah buat cara Islam. Tak alami maka tak ketahui, seterusnya tak fahami, tak dapat berempati.
Ia sama seperti seorang yang tidak pernah dibedah, tentu sekali tidak akan tahu bagaimana sakit anggota badan setelah ubat bius habis, betapa susahnya menjaga luka agar tidak dijangkiti kuman. Hanya boleh membuat teori dan andaian. Mudah menyalahkan pihak lain dengan tuduhan sengaja mengada-ngada.
Janganlah kita golongan seperti itu. Letakkan diri kita di tempat mualaf 'sembunyi'. Sekurang-kurang yang boleh kita lakukan adalah mendoakan mereka agar Allah perkuatkan iman mereka.
Sekurang-kurangnya mereka ini walaupun belum dapat mengisytiharkan diri sebagai orang Islam, mereka sudah beriman pada Allah swt. Mereka berusaha untuk mendalami Islam, makan makanan halal, mendirikan solat dan puasa. Tidak seperti golongan tertentu yang beridentitikan Muslim tetapi dengan rela dan sukacitanya menghirup arak, makan daging babi, meninggalkan solat dan berpesta makan pada siang Ramadhan.
Nabi s.a.w mengambil masa bertahun tahun lamanya uantuk membina keimanan dan akidah. Sedangkan pada waktu itu para sahabat masih lagi meminum minuman yang mengharamkan dan memakan makanan yang mengharamkan. Contohnya ada sahabat yang bersolat dalam keadaan mabuk tetapi Nabi s.a.w. tidak menegur sehingga Allah s.w.t. menurunkan ayat mengharamkannya.
Ramai penda'ii mengislamkan yang bukan Islam terus mengharap si Mualaf fi Qulub itu meninggalkan segala yang diharamkan dan terus pandai bersolat. Mereka ingin si-mualaf terus menjadi seperti orang orang Melayu disekeliling mereka. Masyarakat berterusan memberikan tekanan emosi dan mental keatas mualaf dan saudara baru. Masyarakat menjadikan saudara baru itu Melayu lebih dari Islam dari segi berpakaian, pemakanan, percakapan, tingkah laku dan sebagainya.


Thursday, 5 July 2012

Apa Itu Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:- 

1) Memeluk Bantal 

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan. 

2) Menggunakan Banyak Bantal 

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. 

3) Tidur Dengan Satu Bantal 

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata. 

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki 

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha. 

5) Tidur tanpa Bantal 

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6.) Menutup Muka Dengan bantal sewaktu nak tidur

degil...