Sepasang suami isteri yang sedang berehat-rehat sambil suami membaca akhbar dan isteri yang sedang menghirup kopi di meja makan.
Si isteri mula memecah kesunyian dgn menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pergolakan politik yang sedang berlaku di kampung halamannya di Perak.
Lalu si suami pun membalas dengan berkata, "memang susah kalau 1 kapal ada 2 nakhoda. Kan lebih mudah kalau 2 kapal dengan 1 nakhoda je................"
Isteri membalas, "lain macam je bunyinya tu bang"..........sahut isteri.
Tuesday, 29 May 2012
Teka teki kehancuran
Pada suatu hari Dajal telah turun ke bumi untuk menghancurkan umat manusia. Serangan pertama yang dilakukan oleh Dajal adalah dengan menghantar gempa bumi dan puting beliung. Habis musnah, antara yang musnah adalah Haiti, Indonesia, Chile, Amerika dan beberapa buah negara lagi. Dajal ini sangat kuat sehingga tiada siapa boleh mengalahkannya. Tiba-tiba timbullah seorang wira untuk menentang Dajal ini. Wira itu adalah dikenali sebagai Lord of the Ring. Beliau berasal dari Malaysia. Beliau telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia dari bermusuhan, dan ingin menyatukan penduduk Dunia daripada serangan Dajal. Dajal ini kelemahannya mudah sahaja. Dia tak boleh melihat rakyat hidup aman. Negara yang menjadi serangan beliau adalah negara yang kucar kacir. Jadi beliau tidak boleh menyerang negara yang aman. The next target Dajal ini adalah negara Thailand. Negara Thailand kelihatan jauh dari lingkungan gempa bumi dan puting beliung. Jadi serangan Dajal adalah melalui api permusuhan. Nampaknya Thailand menuju kehancuran sedikit demi sedikit. Api permusuhan ini telah meresap ke Malaysia. Sungguhpun Malaysia tiada gempa bumi dan puting beliung, api pemusuhan politik dan perkauman bakal menghancurkan Malaysia. Pengikut-pengikut Dajal telah berjaya menyusup masuk ke Malaysia dan meniup api kehancuran ini. Jadi lord of the ring gagal menghalang Dajal ini dari terus menyerang Malaysia. Sebelum ini Dajal juga telah menyerang eropah, ekonomi eropah merudum dengan teruk sekali, sehingga ahli-ahli parlimennya bertumbuk sesama sendiri. Suhu dunia semakin naik dengan kehadiran dajal ini. Sebab itu timbul beberapa gunung berapi mula mengeluarkan larvanya. Di ramalkan gunung berapi ini akan meletus dengan hebatnya. Akhir-akhir ini kita lihat banyak berlaku jenayah dan pembunuhan, suami mendera isteri, anak-anak di buang di tepi jalan dan pelbagai lagi kehancuran sedang berlaku.
Friday, 18 May 2012
Masuk Skim Cepat Kaya ?
Saya tak pernah jumpa seorang pun yang masuk skim cepat kaya. Semua menafikan yang mereka masuk itu skim cepat kaya. Mereka cuma melabur atau berniaga, masuk saham internet, bukan masuk skim cepat kaya. Seorang pun tak mengaku masuk skim cepat kaya. Kalau sebut skim cepat kaya, awal-awal mereka taknak masuk.
Jadi, pengertian skim cepat kaya itu perlu diperjelaskan, jangan disempitkan. Biar orang faham, jangan lebih mengelirukan pula.
Jadi, pengertian skim cepat kaya itu perlu diperjelaskan, jangan disempitkan. Biar orang faham, jangan lebih mengelirukan pula.
Saturday, 12 May 2012
Thursday, 3 May 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)
